🌾MAHA 2026 – Advansia DI LAMAN PADI
Advansia turut memeriahkan MAHA 2026 di Laman Padi dengan pelbagai aktiviti yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali produk dan teknologi Advansia dengan lebih dekat.
Salah satu tarikan utama ialah petak tanaman padi yang diusahakan oleh Advansia, di mana pengunjung dapat melihat sendiri keadaan tanaman serta demonstrasi keberkesanan penggunaan produk Advansia dalam pengurusan tanaman padi.
Selain itu, Peraduan Selfie Advansia turut diadakan khas untuk pengunjung yang hadir. Pengunjung berpeluang mengambil gambar di sekitar kawasan Advansia dan menyertai peraduan untuk memenangi hadiah menarik. 

Aktiviti utama:
-
Petak tanaman padi Advansia
Interaksi bersama petani dan pengunjung
Demonstrasi & pemerhatian keberkesanan produk
Peraduan Selfie Advansia
Hadiah menarik untuk pemenang-
Penghasilan kandungan media sosial
Meningkatkan engagement dan brand awareness Advansia

















