Home / Paddy Solutions / Leaf Disease

Kutu Thrips (Stenchaetothrips Biformis)

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

  1. Pengurusan air (elakkan sawah terlalu kering).
  2. Pengguanaan racun serangga berdaftar jika melepasi aras ambang ekonomi.

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

Alanda (5-20 HLT)

Dosage:

350ml/Ha

 

Explanation:

  1. Menyerang peringkat anak padi (5-20HLT)
  2. Menghisap sap daun menyebabkan pertumbuhan terbantut.
  3. Serangan teruk boleh menyebabkan anak padi kering dan mati.
  4. Daun menjadi kuning keputihan, menggulung dan kering di hujung.
  5. Lebih serius semasa cuaca panas.

Ulat Gulung Daun (Cnaphalocrosis Medinalis)

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

  1. Menggunakan baja berunsur Nitrogen secara optimum
  2. Penggunaan racun serangga apabila populasi mencapai tahap ambang ekonomi (ETL)

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Aron (30 & 45 HLT)
  2. Alosa (30 & 45 HLT)
  3. Adoca (30 & 45 HLT)

Dosage:

  1. Aron 250ml/Ha
  2. Alosa 250ml/Ha
  3. Adoca 125ml/Ha

Explanation:

  1. Larva ulat gulung daun akan memintal daun menjadi kelongsong dan memakan permukaan tisu daun (klorofil)
  2. Setiap larva berupaya memakan 3-4 helai daun sebelum menjadi pupa.
  3. Daun yang dimakan kelihatan kering.
  4. 90% kerosakan dilakukan oleh instar ke-4 dan ke-5.

Bena Hijau (Nephotettix Virescens)

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

  1. Pemantauan populasi & semburan racun serangga berdaftar bila melepasi aras ambang ekonomi (ETL)

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Azatin (45 HLT)
  2. Akess (65 HLT & 85HLT)

Dosage:

  1. Azatin 250ml/Ha
  2. Akess 300g/Ha

Explanation:

  1. Menyerang semua bahagian pokok padi lazimnya pada peringkat vegetative (beranak)
  2. Vektor kepada virus Rice Tungro Baciliform Virus (RTBV) & Rice Tungro Spherical Virus (RTSV)
  3. Pokok kurang beranak, daun kelihatan seakan berkarat, pertumbuhan perdu terbantut, lambat berbunga, padi lambat terbit dan menjadi hampa.

Karah (Pyricularia Oryzae)

Category:

Penyakit Kulat

Solution & Application Method:

  1. Kurangkan kadar penggunaan baja berunsur nitrogen 
  2. Kawalan menggunakan racun kimia yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Akara (45,65&85 HLT)

Dosage:

  1. Akara 250g/Ha

Explanation:

  1. Karah menjangkiti seluruh peringkat umur padi dan menjangkiti bahagian yang terdedah kepada udara (daun, kolar, tangkai)
  2. Karah tangkai boleh menyebabkan kehilangan hasil yang teruk
  3. Kesan karah lazimnya berbentuk “diamond” (0.5 – 1.5 cm Panjang, 0.3 – 0.5 cm lebar)
  4. Lazimnya terjadi di kawasan tanah subur (lebih baja)
  5. Tersebar melalui benih/sisa tanaman dan udara

Hawar Seludang (Rhyzoctonia Solani)

Category:

Penyakit Kulat

Solution & Application Method:

  1. Kurangkan kadar penggunaan baja berunsur nitrogen
  2. Kawalan menggunakan racun kimia yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Amolin (30&65HLT)

Dosage:

  1. Amolin 250ml/Ha

Explanation:

  1. Boleh dikesan dengan simptom corak berbatik yang tidak sekata di bahagian seludang dan daun pokok padi
  2. Kerosakan lazimnya bersaiz 1-3 cm dan selalunya bermula pada paras air, berwarna putih kekelabuan dan bahagian tepinya berwarna perang
  3. Merebak ke daun jika tidak dikawal
  4. Sering terjadi di kawasan bersuhu tinggi (28−32 ° C), kawasan nitrogen tinggi, dan berkelembapan dari 85−100%

Bintik Perang (Helminthosporium Oryzae)

Category:

Penyakit Kulat

Solution & Application Method:

  1. Amalkan pemulihan tanah secara berkala
  2. Kawalan menggunakan racun kimia yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Amolin (30&65HLT)

Dosage:

  1. Amolin 250ml/Ha

Explanation:

  1. Tompokan bintik berwarna perang dan berbentuk bujur
  2. Lazimnya terjadi di daun, seludang dan kulit buah padi
  3. Berlaku di kawasan berkelembapan tinggi (86 – 100%), suhu (16 – 36 °C)
  4. Padi di kawasan tanah yang kurang subur dan bertoksik mudah terdedah dengan penyakit ini
  5. Tersebar melalui benih, sisa tumbuhan dan udara

Hawar Daun Bakteria (BLB) (Xanthomonas oryzae pv oryzae)

Category:

Penyakit Bakteria

Solution & Application Method:

  1. Kurangkan kadar penggunaan baja berunsur nitrogen
  2. Kawalan menggunakan bahan berunsur kuprum yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. A-C4 (Rendaman benih dan semburan
    pada 45 & 65 HLT)

Dosage:

  1. Rendaman benih 250ml untuk 20 beg benih Semburan 250ml/Ha

Explanation:

  1. Lesi hijau gelap memanjang pada urat daun, melebar menjadi hijau kekelabuan seterusnya berubah kepada kuning keperangan
  2. Merebak ke seluruh daun dan berubah menjadi kelabu keputihan.
  3. Bawaan air dan angin kuat bersama hujan lebat yang berterusan

Hawar Jalur Bakteria (BLS) (Xanthomonas campestris pv oryzicola)

Category:

Penyakit Bakteria

Solution & Application Method:

  1. Kurangkan kadar penggunaan baja berunsur nitrogen
  2. Kawalan menggunakan bahan berunsur kuprum yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. A-C4 (Rendaman benih dan semburan
    pada 45 & 65 HLT)

Dosage:

  1. Rendaman benih 250ml untuk 20 beg benih Semburan 250ml/Ha

Explanation:

  1. Jalur lut cahaya berwarna hijau sebam pada permukaan daun memanjang antara urat-urat daun
  2. Pada kelembapan tinggi, percikan manik-manik bakteria dapat dilihat pada permukaan daun
  3. Bawaan air, benih serta sisa tanaman lepas.

Hawar Bulir Bakteria (BPB) (Burkholderia glumae / gladioli)

Category:

Penyakit Bakteria

Solution & Application Method:

  1. Kurangkan kadar penggunaan baja berunsur nitrogen
  2. Kawalan menggunakan bahan berunsur kuprum yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. A-C4 (Rendaman benih dan semburan pada 45 & 65 HLT)

Dosage:

  1. Rendaman benih 250ml untuk 20 beg benih Semburan 250ml/Ha

Explanation:

  1. Biji padi yang baru terbit menjadi 2 tona warna (coklat terang di pangkal, coklat muda kekelabuan di hujung).
  2. Tangkai yang terbit kosong, menjadi hampa dan tidak menunduk.
  3. Bawaan biji benih dan tanah (B. gladioli)

Tikus (Rattus Argentiventer)

Category:

Perosak Mamalia

Solution & Application Method:

  1. Pengurusan bersepadu (IPM): gotong-royong, musnah sarang, perangkap.
  2. Peggunaan racun tikus berdaftar secara terkawal.
  3. Amalkan penanaman serentak dan kebersihan ladang.

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

Arakus (Umpanan Berkala)

Dosage:

Letak satu umpan pada setiap 10-15 meter di sepanjang batas 60-100 umpan digunakan sehektar

Explanation:

  1. Menyerang padi dari peringkat anak hingga masak.
  2. Memotong anak padi, memakan batang dan bijirin.
  3. Aktif pada waktu malam, pembiakan sangat cepat (5-10 ekor setiap kelahiran).

Siput Gondang (Pomacea SP)

Category:

Perosak Moluska

Solution & Application Method:

  1. Kutipan manual siput dan telur.
  2. Pengurusan air (kering sementara selepas tanam).
  3. Umpan / racun siput berdaftar (digunakan secara berhemah).

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

Agondan (Fasa Penyediaan Tanah)

Dosage:

360g/Ha

Explanation:

  1. Menyerang anak padi muda (0–20 HLT).
  2. Memotong dan memakan anak padi – sisa makan terapung atas air.
  3. Cengkerang besar, bulat, warna kuning keemasan hingga coklat.
  4. Telur berwarna merah jambu terang, melekat pada tebing atau batang.

Ulat Pengorek Batang

i) Scirpophaga incertulas (UPB Kuning)
ii) Chilo suppressalis (UPB Berjalur)
iii) Chilo polychrysus (UPB Kepala Hitam)
iv) Sesamia inferens (UPB Merah Jambu)

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

  1. Menggunakan baja berunsur Nitrogen secara optimum
  2. Penggunaan racun serangga apabila populasi mencapai tahap ambang ekonomi (ETL)

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Apronil (65 HLT)
  2. Adoca (45 HLT)
  3. PREVATHON (30HLT)

Dosage:

  1. Apronil  – 300ml/Ha
  2. Adoca 125ml/Ha
  3. Prevathon 600ml/Ha

Explanation:

  1. Larva pada mulanya memakan di dalam kelopak daun sebelum memasuki batang padi.
  2. Serangan berlaku pada peringkat awal tumbesaran padi, symptom luaran dinamakan ‘mati anak’.
  3. Jika serangan berlaku semasa pokok sedang mengeluarkan tangkai, simptom luaran dinamakan ‘bulu ayam’.
  4. Anak padi yang mati senang dicabut\tarik dari teras pokok.

Bena Perang (Nilaparvata Lugens)

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

  1. Elakkan pembajaan nitrogen berlebihan.
  2. Pemantauan populasi & semburan racun serangga berdaftar bila melepasi aras ambang ekonomi (ETL)

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Azatin (45 HLT)
  2. Akess (65 HLT & 85HLT)

Dosage:

  1. Azatin 250ml/Ha
  2. Akess 300g/Ha

Explanation:

  1. Berwarna coklat perang.
  2. Hidup berkelompok di pangkal rumpun padi.
  3. Menghisap sap pada pangkal batang.
  4. Menyebabkan hopper burn → padi kering dan mati berkelompok.

Kutu Beruang (Scotinophara Coarctata)

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

Pemantauan populasi & semburan racun serangga berdaftar bila melepasi aras ambang ekonomi (ETL)

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Alanda (45&65 HLT)
  2. Apronil (45&65 HLT)

Dosage:

  1. Alanda 350ml/Ha
  2. Apronil 300ml/Ha

Explanation:

  1. Menghisap cairan dalam pokok padi
  2. Pokok menjadi kering (Bugburn)
  3. Berkumpul di pangkal pokok pada waktu siang & naik ke atas pada waktu malam
  4. Tumbesaran pokok terbantut & mengurangkan hasil
  5. Aktif pada waktu malam – sukakan Cahaya (bulan & lampu)
  6. 10 ekor kutu beruang dewasa (per perdu) mampu mengurangkan hasil sebanyak 35%.

Kesing

i) Leptocorisa oratorius
ii) Leptocorisa acuta
iii) Leptocorisa chinensis

Category:

Serangga Perosak

Solution & Application Method:

Menggunakan racun jenis sentuhan untuk menurunkan populasi dengan cepat

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Alanda (85 HLT)
  2. Apronil (85 HLT)

Dosage:

  1. Alanda 350ml/Ha
  2. Apronil 300ml/Ha

Explanation:

  1. 1) Menyerang peringkat berbunga & susu
  2.  Merosakkan padi dengan menghisap cecair (susu) buah padi yang sedang terbentuk, menyebabkan padi tidak berisi @ berisi separuh
  3. Kualiti padi juga akan berkurang disebabkan oleh kesan hisapan kesing pada biji padi

Buah Kunyit (Ustilaginoidea Virens)

Category:

Penyakit Kulat

Solution & Application Method:

  1. Kurangkan kadar penggunaan baja berunsur nitrogen
  2. Kawalan menggunakan racun kimia yang berdaftar

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

Amolin (65&85 HLT)

Dosage:

Amolin 250ml/Ha

Explanation:

  1. Ketumbuhan kulat di biji padi bewarna oren kekuningan dan bertukar hitam kehijauan setelah matang
  2. Sering berlaku di kawasan berkelembapan tinggi (>90%), suhu (25 – 35 ºC) dan di kawasan nitrogen tinggi
  3. Tersebar melalui benih, sisa tanaman dan udara

Padi Angin (Oryza Sativa Complex)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

  1. Gunakan kaedah tabur terus dalam air
  2. Gunakan racun rumpai pracambah

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Angino (0-4 HLT)
  2. Alimin (10-15HLT)

Dosage:

  1. Angino 2L/Ha
  2. Alimin 500g/Ha

Explanation:

  1. Pertumbuhan lebih cepat dan lebih tinggi daripada padi varieti.
  2. Mudah luruh (shattering)biji gugur awal dan kekal lama dalam tanah.
  3. Bersaing kuat untuk nutrien, air dan cahaya.

Keladi Agas (Monochoria Vaginalis)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

Penggunaan racun rumpai mengikut tatacara yang betul

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Angino + Alimin (7-10HLT)
  2. Alodi + Abimee + Antas (7-15HLT)

Dosage:

  1. Angino 2L/Ha
  2. Alimin 500g/Ha
  3. Alodi 250g/Ha
  4. Abimee 500ml/Ha
  5. Antas 2L/Ha

Explanation:

  1. Keladi agas – rumpai daun lebar, kitaran hidup secara tahunan, tumbuhan jenis semi akuatik.
  2. Daun berbentuk ‘heart-shaped’ yang
    berwarna hijau pekat
  3. Penyebaran melalui biji benih dan stolon

Rumput Sambau (Echinochloa Crus-Galli)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

Penggunaan racun rumpai mengikut tatacara yang betul

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Alcher (15-30HLT)
  2. Acora (15-30HLT)

Dosage:

  1. Alcher 1.2L/Ha
  2. Acora 1L/Ha

Explanation:

  1. Rumpai berdaun tirus.
  2. Daun lebar, tiada ligul.
  3. Batang tegak atau menjalar di pangkal.
  4. Bunga berbentuk malai padat, bercabang, berwarna hijau keunguan.
  5. Pertumbuhan sangat cepat, menyerupai padi pada peringkat awal.

Rumput Miang (Leptochloa Chinensis)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

Penggunaan racun rumpai mengikut tatacara yang betul

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Alcher (15-30HLT)

Dosage:

  1. Alcher 1.2L/Ha

Explanation:

  1. Daun sempit, panjang dan lembut.
  2. Batang tegak, berongga.
  3. Bunga berbentuk malai terbuka, bercabang halus.
  4. Menghasilkan banyak biji yang ringan dan mudah tersebar oleh air.

Rumput Colok Cina (Ischaemum Rugosum)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

Penggunaan racun rumpai mengikut tatacara yang betul

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Abimee (6-20HLT)

Dosage:

  1. Abimee 500ml/Ha

Explanation:

  1. Daun agak lebar, permukaan kasar/berkedut.
  2. Ligul pendek dan berbulu.
  3. Batang tegak, bercabang di pangkal.
  4. Bunga berbentuk dua malai berpasangan pada hujung batang.

Rumput Para (Cyperus Iria)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

Penggunaan racun rumpai mengikut tatacara yang betul

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Antas (10-25HLT)

Dosage:

  1. Antas 2L/Ha

Explanation:

  1. Rumpai semusim yang membiak melalui biji benih.
  2. Batang berbentuk segi tiga dan berkilat bila terkena cahaya matahari.
  3. Bunga berbentuk ‘payung’ yang berwarna kuning keemasan.

Janggut Keli (Fimbristylis Miliacea)

Category:

Rumpai

Solution & Application Method:

Penggunaan racun rumpai mengikut tatacara yang betul

Recommended Product (Application Timing)
Note: HLT = Hari Lepas Tabur (Day After Sowing):

  1. Antas (10-25HLT)

Dosage:

  1. Antas 2L/Ha

Explanation:

  1. Tumbuh cepat dan membentuk rumpun padat.
  2. Persaingan kuat pada peringkat awal pertumbuhan padi.
  3. Bunga berbentuk ‘payung’ dengan spikelet bewarna coklat.
Cart
Enquiry Cart ×
Loading....